TERAS KEEMPAT: MEMPERGIAT PEMBANGUNAN BANDAR DAN LUAR BANDAR Meningkatkan…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS KEEMPAT: MEMPERGIAT PEMBANGUNAN BANDAR DAN LUAR BANDAR

Meningkatkan Kesejahteraan Bandar

137. Pada masa ini, terdapat pelbagai bentuk kumpulan komuniti setempat seperti persatuan penduduk, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta rukun tetangga yang lebih menjurus kepada pentadbiran, perpaduan dan keharmonian masyarakat setempat.

138. Bagi meningkatkan koordinasi dan kesejahteraan komuniti khususnya di bandar, Kerajaan mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk atau JPP dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT. JPP akan bertindak sebagai satu entiti yang dianggotai oleh wakil masyarakat setempat bagi menyokong program pembangunan masyarakat, di samping menangani isu-isu perbandaran di kawasan PBT. Untuk itu, Kerajaan akan menubuhkan 24 zon JPP di setiap PBT dengan peruntukan sebanyak 63 juta ringgit.

139. Di perspektif yang lain, pada masa ini rizab bekalan air terawat di seluruh negara masih tidak mencapai sasaran 20 peratus dan terdedah kepada gangguan bekalan air, terutamanya semasa waktu puncak. Oleh itu, bagi meningkatkan kadar liputan pembekalan air kepada 100 peratus terutama di kawasan bandar, Kerajaan akan membina dan menaiktaraf empangan serta loji rawatan air terawat dengan peruntukan sebanyak 1.2 bilion ringgit.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151676019815952/

Leave a Reply