TERAS KEDUA: MENGUKUH PENGURUSAN FISKAL Rasionalisasi Subsidi 93. Subsidi…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS KEDUA: MENGUKUH PENGURUSAN FISKAL

Rasionalisasi Subsidi

93. Subsidi secara pukal, amnya boleh menjadi pembantut kepada pertumbuhan negara sekiranya tidak sampai kepada kumpulan sasar secara tepat. Kerajaan menyediakan hampir 47 bilion ringgit pada tahun 2013 untuk pelbagai jenis subsidi, insentif dan bantuan antaranya subsidi produk petroleum, barangan makanan, kesihatan, pertanian dan perikanan, utiliti, tol serta kebajikan dan pendidikan.

94. Daripada jumlah ini, bahagian terbesar iaitu sebanyak 24.8 bilion ringgit atau 53 peratus adalah untuk subsidi produk petroleum yang dinikmati oleh semua golongan, termasuk yang berpendapatan tinggi, peniaga dan warga asing. Di samping itu, berlaku penyeludupan produk bersubsidi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Subsidi adalah penggunaan wang rakyat bagi menambah baik kehidupan rakyat. Tetapi jika subsidi itu adalah pembantut dan merugikan rakyat, Kerajaan yang bertanggungjawab dengan kepercayaan yang telah diberikan akan mengambil keputusan yang terbaik bagi rakyat.

95. Untuk mempastikan sistem subsidi yang bersasar, Kerajaan akan secara berperingkat menstruktur semula kaedah pemberian subsidi. Ini adalah untuk mempastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja patut menikmatinya. Sebahagian daripada penjimatan penstrukturan semula sistem subsidi akan di beri secara terus dalam bentuk bantuan tunai, dan sebahagian lagi akan digunakan untuk menampung pembiayaan projek pembangunan Kerajaan. Sebagai langkah permulaan, Kerajaan telah mengurangkan subsidi produk petroleum sebanyak 20 sen pada 3 September 2013.

96. Di samping itu, bagi mempastikan tiada pertindihan dan keciciran pemberian bantuan kepada golongan sasar, Kerajaan akan mewujudkan satu sistem pangkalan data yang komprehensif termasuk mengintegrasi data e-Kasih, data penerima bantuan kebajikan dan penerima BR1M. Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri akan menerajui inisiatif ini.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151675996555952/

Leave a Reply