Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
TERAS KEDUA: MENGUKUH PENGURUSAN FISKAL Menambahbaik Pengurusan... - Najib Razak

TERAS KEDUA: MENGUKUH PENGURUSAN FISKAL Menambahbaik Pengurusan…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS KEDUA: MENGUKUH PENGURUSAN FISKAL

Menambahbaik Pengurusan Belanjawan

87. Untuk menambahbaik pengurusan belanjawan secara berhemah, Sistem Outcome Based Budgeting atau OBB diperkenalkan bagi memastikan penyediaan peruntukan adalah berasaskan outcome, meningkat kecekapan pelaksanaan, mengurang pertindihan serta penilaian prestasi bersistematik ke atas semua program dan projek Kerajaan. Bagi tahun 2014, buat permulaan, tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan OBB.

88. Pada bulan Jun lepas, Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Dasar Fiskal Negara. Ianya berperanan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan dan mempastikan kemampanan fiskal serta kestabilan makroekonomi bagi jangka panjang. Kerajaan komited untuk terus mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat dengan sasaran mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Kerajaan juga akan mempastikan paras hutang kekal di tahap yang rendah, tidak melebihi 55 peratus kepada KDNK.

89. Di samping itu, Kerajaan akan terus mempastikan lebihan semasa yang kukuh di mana kutipan hasil sentiasa melebihi perbelanjaan mengurus. Kerajaan turut memberi penekanan bagi meningkatkan kecekapan dan penjimatan perbelanjaan, mengutamakan pelaksanaan projek yang berimpak tinggi serta menambahbaik kaedah pengauditan.

90. Pada masa ini, kaedah pengauditan hanya dibuat selepas sesuatu projek atau program selesai dilaksanakan. Maka, sebagai langkah proaktif, Kerajaan akan membuat pengauditan ke atas projek yang melebihi 100 juta ringgit semasa pelaksanaan projek tersebut.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151675993375952/

Leave a Reply