Tengah ‘panas’ pasal baju Melayu. Ada orang hantar saya gambar…

By Tuesday November 3rd, 2020 No Comments

Tengah ‘panas’ pasal baju Melayu.

Ada orang hantar saya gambar ini.

Teringat balik pulak zaman dulu.

Tidak mudah membuat Bajet.

Saya kongsi cerita sedikit.

Masa saya, kita mula persiapan, perancangan dan kajian untuk Bajet seawal bulan Mac sebelum dibentang pada Oktober setiap tahun.

Setiap inisiatif, setiap bantuan yang diumumkan, kita ambil kira secara menyeluruh.

Bagaimana melaksanakan.

Berapa ramai penerima manfaat.

Apakah impak terhadap ekonomi.

Macam mana boleh menjana perniagaan dan pendapatan.

Di minggu-minggu terakhir sebelum saya bentang di Dewan Rakyat, pejabat saya di Aras 5 dahulu berduyun-duyun orang beratur nak jumpa beri cadangan.

Ada cadangan yang tersirat dan memihak kepada kroni-kroni dan taikun-taikun. Saya tahu. Saya tak layan.

Saya mahu apa-apa manfaat yang ada dapat terus pada rakyat.

Tidak perlu ada orang tengah, orang tepi, orang belakang.

Dan hakikatnya setiap tahun rakyat menerima bantuan dan manfaat secara terus.

Itulah sebab pada masa saya, pertumbuhan ekonomi kita antara paling baik di dunia sekitar 6 peratus.

Ia juga diiktiraf oleh pakar-pakar dunia, agensi-agensi penarafan.

Tetapi PH sering mengkritik saya dan hasut rakyat.

Pada PRU14, PH juga menjanjikan bulan dan bintang dalam “manifesto bukan kitab suci” mereka.

Apabila PH mentadbir pula, lihatlah apa yang berlaku.

Ekonomi kita merudum, pendapatan jatuh, beratus ribu rakyat hilang kerja.

Begitulah saudara-saudari.

Apapun, kita kena tabah.

Di masa krisis ekonomi akibat kelemahan PH dahulu ditambah pula Covid-19 kini, saya faham amat susah kehidupan rakyat.

Sama-samalah kita berusaha dan berdoa.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157465556290952/

Leave a Reply