Tengah hari tadi, negeri Victoria (penduduk: 6.4 juta) di Australia umum…

By Friday February 12th, 2021 No Comments

Tengah hari tadi, negeri Victoria (penduduk: 6.4 juta) di Australia umum lockdown yang amat ketat untuk 5 hari bermula malam ini juga setelah mereka kesan satu kluster dengan 13 kes positif dengan mutasi UK Covid.

Kluster tersebut berpunca dari satu keluarga 3 orang yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di hotel setelah pulang dari luar negara.

Seorang pekerja hotel tersebut turut dijangkit. Setakat ini, 13 orang (termasuk keluarga itu) telah disahkan positif.

Buat masa ini, negara Australia adalah antara negara yang paling bejaya mengawal Covid.

Setelah memanfaatkan pengajaran tahun lepas apabila Victoria terpaksa lockdown hampir 3 bulan, negeri itu kini mengamalkan saranan WHO bahawa lockdown perlu amat ketat untuk masa yang singkat dan bukan separuh masak tetapi dilanjut berkali-kali.

“Short, sharp lockdown” kata WHO.

Sebab itu, Victoria tak kisah hari ini adalah Tahun Baru Cina (penduduk Cina ramai di sana) dan hari Valentine akan menjelang 2 hari lagi.

Victoria laksanakan hard-down amat ketat secara mengejut termasuk menggantung semua penerbangan antarabangsa untuk 5 hari bagi menghentikan satu kluster ini agar mutasi UK tidak menular.

Pada pendapat saya, penularan tempatan mutasi baru dari UK, Brazil atau Afrika Selatan merupakan antara risiko paling besar bagi negara Malaysia.

Mutasi-mutasi tersebut dilaporkan menjangkit dengan kadar jauh lebih laju, lebih mudah menjangkit orang muda serta kanak-kanak dan kadar kematiannya juga lebih tinggi.

Kesannya akan amat parah bagi Malaysia jika mutasi tersebut berjaya menular ke sini memandangkan sistem kesihatan kita sudah melepasi kapasiti.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157696345290952/

Leave a Reply