Tengah hari semalam, saya telah bertemu dengan kerajaan PN untuk membincang…

By Friday December 25th, 2020 No Comments

Tengah hari semalam, saya telah bertemu dengan kerajaan PN untuk membincang isu lanjutan automatik moratorium pinjaman dan pengeluaran akaun 1 KWSP RM10k tanpa syarat.

Saya beritahu mereka bahawa ramai rakyat yang tercicir dan terbeban dengan syarat-syarat KWSP dan kita tidak mahu lihat berjuta-juta Rakyat beratur di pejabat KWSP untuk serahkan pelbagai dokumen sebagai bukti mereka layak untuk pengeluaran i-Sinar.

Saya juga ceritakan bahawa ramai yang mengadu bahawa mereka tidak diluluskan lanjutan moratorium dan ada bank yang mengambil kesempatan untuk menambah tempoh pinjaman bagi mengaut lebih keuntungan bagi mereka yang minta lanjutan moratorium.

Saya kata kita harap kerajaan PN boleh buat serupa dengan moratorium pertama awal tahun ini.

Namun, Kerajaan PN jawab saya bahawa apa yang sudah diumumkan sudah elok dan mereka anggap mereka sudah buat segala yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan saya dan BN bagi dua isu ini.

Mereka kata pada saya bahawa mereka telah serahkan kepada Menteri Kewangan, CEO KWSP dan bank-bank untuk laksana apa yang diperlukan atau menambah baik jika ada keperluan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157577351640952/

Leave a Reply