Temasek Holdings ialah dana kekayaan berdaulat Kerajaan Singapura – sama…

By Thursday January 7th, 2021 No Comments

Temasek Holdings ialah dana kekayaan berdaulat Kerajaan Singapura – sama seperti Khazanah Nasional bagi Malaysia.

Nilai aset bersih Temasek naik 48.7% dari S$185 bilion ke S$275 bilion manakala nilai aset bersih Khazanah naik 262.5% dari RM32 bilion ke RM116 bilion dari tahun 2008 ke tahun 2017 masa saya PM dan pengerusi Khazanah.

Namun selepas PRU14, nilai aset Khazanah Nasional jatuh 34.5% dari RM116 bilion ke RM76 bilion pada ketika nilai aset Temasek terus naik 13.8% ke S$313 bilion.

Malangnya, penjualan aset negara yang dikumpul kerajaan BN dahulu oleh gagalkrasi PH juga diteruskan tahun lepas apabila aset bernilai RM8 bilion dijual dalam tempoh 7 bulan sahaja.

“1 Jan 2021: Khazanah disposes RM8b worth of shares, assets in 7 months”
https://www.malaysiakini.com/news/557228

Inilah hakikatnya apabila kerajaan banyak menjual aset negara pada ketika ekonomi Malaysia menjadi semakin teruk.

Kekayaan yang disimpan dan memberi pulangan yang baik untuk menjamin masa depan Malaysia semakin berkurang.

Gagalkrasi PH ada apa komen tak?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157604869005952/

Leave a Reply