Tapi apa yang sedang berlaku sekarang? Titah Raja-Raja diketepikan….

By Tuesday June 22nd, 2021 No Comments

Tapi apa yang sedang berlaku sekarang?

Titah Raja-Raja diketepikan.

Perlembagaan dan parlimen digantung.

Undang-undang boleh dipindah dan disalahgunakan dengan Ordinan Darurat.

Dengan alasan mahu lawan Covid tetapi keadaan Covid menjadi 7 kali ganda lebih teruk dan melepasi 700,000 kes setelah lebih 5 bulan melawan dengan kuasa penuh Darurat.

Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan turut tergugat bila Masjid dan rumah ibadat ditutup berpanjangan akibat kegagalan bersambung kegagalan membendung Covid sebab kerajaan lebih pentingkan kilang dan tapak pembinaan.

Manakala bantuan kepada Rakyat semakin kurang dan lambat walaupun disuruh kurung sehingga 9 bulan dalam setahun.

Sebab itulah kita perlu dan mesti pulihkan keadaan negara secepat mungkin.

Raja-Raja nampak dan Rakyat nampak keperluan ini.

Hanya kerajaan PN sengaja buat tak nampak.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157967235615952/

Leave a Reply