Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Tandatangani kontrak dengan China biayai jambatan kedua P. Pinang - Najib Razak
News_archive

Tandatangani kontrak dengan China biayai jambatan kedua P. Pinang

By Friday June 5th, 2009 No Comments

BEIJING 5 Jun – Malaysia akan menandatangani kontrak dengan China bagi pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang sebagai menghormati persefahaman yang telah dicapai oleh kedua-dua negara sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, di samping itu Malaysia juga akan berikan kontrak kepada syarikat China bagi membina landasan kereta api berkembar dari Gemas ke Johor Bahru.

Sebagai balasan, katanya, kerajaan China akan membuka peluang pelaburan kepada syarikat-syarikat Malaysia melabur di negara ini termasuk menganugerahkan kepada Sime Darby kawasan seluas 600 kilometer persegi di wilayah Wiefang untuk dibangunkan sebagai kawasan perbandaran baru.

”Saya telah menyatakan bahawa tentang pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang, kita menghormati persefahaman yang telah dicapai sewaktu Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

”Untuk ini pembayaran pertama telah dibayar hampir RM300 juta. Kontrak komersial dan pinjaman dari China akan ditandatangani sedikit masa lagi,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar pada hari terakhirnya lawatan rasmi ke China di sini hari ini.

Beliau berkata, terma untuk pinjaman mudah bagi membina jambatan kedua Pulau Pinang telah diterima tetapi kontraknya masih belum ditandatangani kerana kerajaan masih melihat perinciannya.

”Beberapa perkara yang dibangkitkan oleh mereka telah dapat kita selesaikan termasuk tuntutan mereka untuk membangunkan empangan Mengkuang,” katanya

Menurutnya, kerajaan telah memutuskan kerja-kerja membangunkan empangan Mengkuang akan diserahkan kepada syarikat dari China melalui usaha sama dengan syarikat tempatan.

Najib memberitahu, pada pertemuan dengan Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah dimaklumkan kemungkinan untuk menyambung laluan landasan keretapi berkembar dari Gemas hingga Johor Bahru yang akan diberikan kepada syarikat dari China.

Sebagai balasan, katanya, China sedia menimbang sebahagian daripada dana infrastruktur bernilai AS$10 bilion (RM35.4 bilion) yang dikhaskan kepada negara-negara ASEAN diberikan kepada Malaysia termasuk kredit dagangan sebanyak AS$15 bilion (RM53.1 bilion).

Selain itu, kata Perdana Menteri, kedua-dua negara juga mengenalpasti beberapa potensi penyertaan syarikat dari China yang boleh dimanfaatkan pelaburan mereka terutama dalam bidang infrastruktur, tenaga, perkilangan, perkhidmatan dan perkhidmatan kewangan.

”Saya telah bayangkan kepada Perdana Menteri China bahawa Malaysia boleh tawarkan satu lesen bank perdagangan kepada China dengan syarat China juga menimbangkan penyertaan lebih luas kepentingan Malaysia dalam sistem kewangan atau perbankan mereka,” katanya.

Perincian mengenainya dirundingkan antara Bank Negara Malaysia dengan bank pusat China.

Malaysia juga, kata Perdana Menteri, mengambil maklum tentang hasrat China untuk sertai projek empangan Bakun dan penghantaran tenaga dari Bakun ke Semenanjung di samping dua lagi projek besar iaitu pulpa dan kertas serta peleburan aluminium di Sarawak.

”Selain itu kita juga ambil maklum bahawa model seperti yang diusahakan Petronas dengan syarikat minyak kebangsaan China untuk teroka telaga minyak di Sudan yang kini telah mencapai pengeluaran 400,000 tong sehari boleh dijadikan model oleh pihak lain,” katanya.

Mengenai 16 memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh syarikat Malaysia dengan syarikat China semalam, Perdana Menteri berkata, ia telah ditapis terlebih dahulu.

Katanya, semua MoU itu berpotensi besar untuk dilaksana walaupun tidak ada jaminan ia akan dilaksanakan 100 peratus.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply