Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Tan Sri Shahrir Samad ada bersama hari ini. Saya dah lama kenal... - Najib Razak

Tan Sri Shahrir Samad ada bersama hari ini. Saya dah lama kenal…

By Saturday July 11th, 2020 No Comments

Tan Sri Shahrir Samad ada bersama hari ini.

Saya dah lama kenal beliau.

Simple saja orangnya.

Mesra dengan orang kampung.

Siapa yang pernah jumpa atau kerja dengannya, tahulah siapa Tan Sri Shahrir.

Seorang yang amat arif dengan selok belok, pembangunan dan isu industri sawit juga.

Itu sebab masa saya PM, saya melantik beliau memimpin di beberapa agensi berkaitan sawit.

Satu ketika dulu, Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, kemudiannya Pengerusi FELDA.

Bukan sahaja mampu menangani dasar, masalah persepsi dan perundangan antarabangsa malah menjamin kebajikan pekebun kecil.

Saya masih ingat.

Industri sawit dan pekebun kecil kita diserang teruk oleh NGO-NGO sehingga menyebabkan imej dan pendapatan industri kita terjejas.

Ada yang buat protes di program-program promosi di luar negara.

Tan Sri Shahrir tidak gentar. Jemput semua masuk berbincang.

Satu demi satu hujah beliau patahkan dan berikan penjelasan fakta.

Seperti di Australia. Pernah berlaku sekali.

Saya tahu. Selalu saya terima laporan perkembangan.

Industri sawit melibatkan ramai orang dan pekerjaan.

Beratus ribu peneroka dan pekebun kecil kita ada.

Ya. Peneroka dan pekebun kecil juga kerap menghadapi masalah.

Tan Sri Shahrir juga yang selesaikan.

Sedih sekali apabila saya melihat keputusan Johor Bahru beliau tidak dipilih sebagai wakil rakyat di PRU14.

Agak pahit bagi saya dan Tan Sri Shahrir.

Kenapa?

Dari semasa ke semasa, ada saja peruntukan yang beliau perlukan.

Tapi setiap sen yang diperlukan ini sama ada peruntukan kerajaan atau dana politik, kesemuanya disalurkan kembali kepada orang kampung melalui agensi kerajaan yang dipimpinnya atau BN.

Sebagai pemimpin badan-badan berkanun, banyak kemudahan diberikan. Namun, beliau tidak menggunakannya.

Katanya tidak perlu semua ini.

Lebih baik salurkan semula kepada rakyat atau perbelanjaan agensi.

Beliau berjuang untuk keperluan rakyat.

He has the people at heart.

Kita semua berusaha berikan yang terbaik untuk rakyat.

Saya percaya di PRU14 fitnah dan pembohongan amat berleluasa oleh PH.

Dengan janji manis dan kosong mereka.

PRU15 akan datang, saya tahu modus operandi mereka akan berulang.

Kita perlu berhati-hati lah dengan mereka.

Jangan kita kehilangan pemimpin yang berwibawa lagi.

Ok guys?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157199336125952/

Leave a Reply