Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Tambak Johor diroboh? - Najib Razak
News_archive

Tambak Johor diroboh?

By Thursday May 21st, 2009 No Comments

SINGAPURA 21 Mei – Akhirnya, Tambak Johor akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada jambatan baru apabila diperlukan.

Namun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tiada tempoh ditetapkan untuk melaksanakannya dan itupun selepas satu kajian menyeluruh dilakukan terhadap keperluan mempunyai jambatan baru tersebut.

Menurutnya, beliau mahu melihat peningkatan dalam hubungan serta laluan rakyat antara Malaysia dan Singapura, termasuk cadangan menggantikan Tambak Johor dengan jambatan baru.

“Secara logik, kemajuan bermakna perubahan, kemajuan bermakna pembangunan, kemajuan bermakna hubungan komunikasi dan laluan pengangkutan lebih baik serta selesa antara kedua-dua negara.

“Jika itu diterjemahkan sebagai bermakna Tambak (Johor) patut diganti, maka betullah, tetapi kita tidak wajar tergesa-gesa dengan perkara itu. Kita perlu melihat dari segenap sudut, melihat sama ada kedua-dua negara setuju dengan projek berkenaan,” jelas beliau.

Perdana Menteri berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan akhbar Singapura, The Straits Times yang diterbitkan di sini hari ini.

Isu pembinaan jambatan baru bagi menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura akan turut disentuh dalam pertemuan Najib dengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, esok.

Perdana Menteri ketika bercakap kepada pemberita di Johor Bahru, hari ini berkata, perbincangan itu akan diadakan dalam pertemuan empat mata dengan Hsien Loong.

“Jambatan bengkok ke, lurus ke, atas tanah atau bawah tanah, esoklah saya akan dibincangkan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Bangunan Sistem Lingkaran Pendinginan Berpusat di Kota Iskandar, Johor Bahru.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply