Press Statement

Takziah

By Wednesday May 5th, 2010 No Comments
1.       Kabinet dalam mesyuaratnya hari ini melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga adik Aminulrasyid Amzah,15, yang terbunuh dalam satu kejadian yang membabitkan pihak polis pada 26 April yang lalu. Kejadian ini amat mendukacitakan.
2.       Sebuah panel penyiasat telah pun ditubuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk memantau siasatan polis dalam kes ini. Kabinet mahu panel ini dan pihak polis menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi memastikan apa yang sebenarnya telah berlaku pada hari tersebut.
3.       Kabinet mahu siasatan kes ini dijalankan dengan adil, telus dan secepat mungkin agar semua pihak terutamanya pihak keluarga dan anggota polis yang terbabit mendapat keadilan.
4.       Dalam pada itu, Kabinet juga mahu semua pihak yang terbabit dalam kes ini memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak panel dan polis dalam menjalankan tugas mereka. Oleh yang demikian, Kerajaan harap semua pihak akan menunggu hasil siasatan panel ini dan tidak lagi membuat sebarang andaian mengenai kes ini sehingga bukti yang jelas dapat dizahirkan.

Leave a Reply