Tak serupa dengan hampir semua negara dalam dunia, berita negara kita…

By Monday February 22nd, 2021 No Comments

Tak serupa dengan hampir semua negara dalam dunia, berita negara kita menerima vaksin Covid gagal menarik perhatian pelabur asing minggu lepas.

‚ÄúContrary to expectations, i.e. the announcement of the arrival of the Pfizer-BioNTech Covid-19 vaccine in Malaysia on Feb 21, 2021 (yesterday), last week did not spark a massive inflow of foreign investors to our equity market.”

https://www.theedgemarkets.com/article/foreign-selling-malaysian-equities-swelled-rm46642m-last-week-%E2%80%94-midf-research

Bursa Saham juga turun pagi ini iaitu selepas berita vaksin selamat sampa ke Malaysia semalam.

Ini janggal sebab trend yang sama tidak berlaku di negara-negara lain di mana penerimaan vaksin menjadi pemangkin bagi rally kenaikan dalam pasaran saham.

Sebaliknya, pelabur asing teruskan trend menarik dana mereka dari Malaysia.

Sejak tahun 2021 bermula, pelabur asing telah mengeluarkan RM1.22 bilion dari Malaysia.

Tahun 2020, tarik hampir RM24.7 bilion.

Tahun 2019, hampir RM14 bilion keluar.

Tahun 2018 selepas PRU14, dana RM13 bilion lari.

Tahun 2017 pula, dana asing RM10.4 bilion masuk ke Malaysia.

Tapi satu trend berbahaya yang saya perhatikan sejak tahun lepas dan perlu ditangani kerajaan sebelum ianya membawa parah besar bagi Rakyat ialah trend jumlah pelaburan baru dalam Bursa Malaysia dari kategori runcit (iaitu orang biasa) jauh melebihi pelaburan dari institusi pelaburan tempatan dan pelabur asing.

Trend pelaburan 2020:
Pelabur runcit: +RM13.84b
Institusi pelaburan tempatan: +RM10.41b
Pelabur asing: Negatif RM24.75b

Trend pelaburan 2021:
Pelabur runcit: +RM2.81b
Institusi pelaburan tempatan: Negatif RM1.58b
Pelabur asing: Negatif RM1.22b

Biasanya, daya bertahan pelabur sektor runcit adalah terhad berbanding institusi tempatan dan pelabur asing.

Dikhuatir juga bahawa pembeli runcit lebih bergantung pada fasiliti pembiayaan Margin Saham dan pinjaman bank.

Sebab itu, ada keperluan untuk kerajaan pantau supaya kita elak kisah tahun 1997-1998 berulang di mana rakyat biasa terperangkap dan menjadi mangsa terbesar apabila bursa saham menjunam pada ketika institusi tempatan dan pelabur asing enggan membeli.

Harap Rakyat akan berhati-hati dan memilih kaunter saham yang lebih selamat dan berasaskan kekuatan sebenar.

Kerajaan juga boleh memainkan peranan dengan memulihkan kepercayaan pelabur asing sebab negara sudah menghadapi aliran keluar dana asing bagi 3 tahun berturut-turut dari 2018 hingga 2020.

Jangan tahun 2021 menjadi tahun ke-empat.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157719419890952/

Leave a Reply