Tak payah bentuk satu lagi jawatankuasa untuk kaji jika parlimen sedia…

By Sunday June 20th, 2021 No Comments

Tak payah bentuk satu lagi jawatankuasa untuk kaji jika parlimen sedia bersidang dalam zaman Covid ini.

Jika masih tak pasti sama ada ianya selamat bagi 220 orang bersidang dalam satu dewan besar, pergilah buat lawatan sambil belajar ke kilang elektronik ke, kilang sarung tangan ke, tapak pembinaan ke atau mana-mana 120,000 lebih syarikat yang dibenarkan MITI untuk beroperasi dalam tempoh Total Lockdown ini.

Dah pun pernah banyak kali parlimen bersidang tahun lepas masa Covid cecah ribuan kes sehari walaupun masa itu seorang pun tak pernah terima satu titik vaksin.

Sekarang, semua ahli parlimen dah selesai divaksin dua kali. Boleh ke sana ke sini kononnya.

Jika masih tak rasa selamat untuk sidang dalam bangunan parlimen, kita bersidang di kilang atau tapak pembinaan sahaja sebab MITI kata tempat-tempat itu selamat dan bebas Covid.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157963785330952/

Leave a Reply