Tak boleh dinafikan bahawa angka 100 ribu memberi impak psikologi…

By Friday December 25th, 2020 No Comments

Tak boleh dinafikan bahawa angka 100 ribu memberi impak psikologi besar.

Saya pecaya ianya telah mengundang kebimbangan serta kemarahan ramai Rakyat.

Saya juga perhatikan ramai yang kecewa bahawa kerajaan PN seolah-olah membisu apabila angka psikologi ini dicecah semalam.

Sebab itu, saya percaya kerajaan PN perlu bersemuka dengan Rakyat melalui satu perutusan khas untuk jelaskan situasi sebenar Covid serta apa langkah tambahan yang sedang diambil untuk mengekang penularan Covid.

Silence is not an option. The government needs to face the public and calm the public.

Ada keperluan untuk kerajaan PN tenteramkan Rakyat yang bimbang serta marah supaya Rakyat terus rasa selamat dan dijaga kerajaan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157577548500952/

Leave a Reply