Tak benar. Impak skim i-Lestari dan i-Sinar terbukti tidak memberi impak…

By Saturday June 26th, 2021 No Comments

Tak benar.

Impak skim i-Lestari dan i-Sinar terbukti tidak memberi impak yang amat besar bagi pelaburan dan pulangan KWSP seperti terbukti dalam prestasi baik KWSP pada akhir tahun 2020 dan suku-1 2021 walaupun korang fitnah saya masa itu kononnya saya nak jahanamkan KWSP apabila saya tuntut i-Sinar.

Sekiranya i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 dibuat pada kadar separuh berbanding dahulu pun, impaknya masih boleh dikawal sebagaimana dibuktikan oleh i-Sinar dan i-Lestari 1.0.

Jangan ikut pandangan “influencer”.

Jangan ikut suara orang kaya yang cuma pentingkan pulangan tinggi pada zaman krisis ini.

Dengarlah suara mereka yang sudah hampir sampai ke jalan buntu dan hanya harapkan duit mereka sendiri dalam KWSP sahaja akibat PKP bersambung PKP bersambung Total Lockdown yang dipaksakan atas mereka akibat kegagalan bersiri kerajaan untuk melawan Covid.

Jika kerajaan PN tak mampu jana pendapatan dan pelaburan, tak ingin beri bantuan yang sewajarnya dalam masa jutaan Rakyat paling tertekan setelah berbulan-bulan PKP/lockdown, tak mampu kawal bank biarpun diberi kuasa penuh Darurat dan hanya mampu tawarkan khidmat “Kredit Komuniti” maka jangan nafikan hak mereka yang sudah mahu lemas dengan alasan-alasan yang sudah terbukti palsu.

Cuma perlu pandai gunakan pendekatan yang betul seperti apa yang saya cadangkan pada akhir tahun lepas apabila bekas CEO KWSP itu membantah.

Komen saya masa itu:

Seperti yang saya telah jawab dalam parlimen, aset yang perlu dijual KWSP cuma bon pinjaman kerajaan dengan kadar faedah tetap yang dipegang KWSP. Biasanya bon kerajaan ini membayar faedah antara 2% hingga 4% setahun.

Sebanyak 50% daripada jumlah aset RM940 bilion KWSP adalah dari kelas aset bon pinjaman ini. BNM boleh mengambil peranan untuk membeli sebahagian daripada bon kerajaan dipegang KWSP ini untuk mengurangkan impak kepada pasaran bon tempatan akibat penjualan oleh KWSP.

Seterusnya, BNM boleh jual semula bon ini ke pasaran bon tempatan secara bertingkat jika BNM tidak mahu pegangnya untuk tempoh yang lama.

Ataupun dijual balik kepada KWSP secara berperingkat sebab jumlah aset KWSP meningkat setiap bulan apabila majikan dan pekerja membuat caruman bulanan.

Kita tak suruh KWSP jual saham atau jual hartanah milik mereka pada harga murah. Cuma jual sebahagian daripada bon pinjaman kerajaan secara sementara untuk membayar mereka yang mahu keluarkan wang dari KWSP untuk menghadapi krisis.

Yang dia nak jual aset tu dah kenapa?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157975293815952/

Leave a Reply