Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Tajuk berita semalam. Ini Salah: Anak Najib setuju bayar tunggakan cukai... - Najib Razak

Tajuk berita semalam. Ini Salah: Anak Najib setuju bayar tunggakan cukai…

By Saturday September 4th, 2021 No Comments

Tajuk berita semalam.

Ini Salah: Anak Najib setuju bayar tunggakan cukai RM13.16 juta

Ini Benar: Anak Najib rekod perintah persetujuan bayar tunggakan cukai

Pada 31 Mei 2021, anak saya Mohamad Nizar bersetuju untuk menyelesaikan kes cukai tambahan dengan LHDN
https://www.sinarharian.com.my/article/141507/BERITA/Semasa/Anak-Najib-setuju-selesai-cukai-taksiran-tambahan-kepada-LHDN

LHDN tuntut RM13.16 juta tetapi apa yang akhirnya dipersetujui antara LHDN dengan anak saya pada bulan Mei ialah satu jumlah yang jauh, jauh, jauh lebih rendah – sekaligus membuktikan bahawa angka-angka yang dikenakan ke atas anak saya oleh LHDN masa PH adalah sangat melampau dan bermotif politik.

Setelah pembayaran penuh dibuat (dan juga akibat beberapa penangguhan tarikh mahkamah akibat PKP yang tak habis-habis), penyelesaian kes ini direkodkan secara rasmi dalam mahkamah semalam sebab ianya sudah jadi kes mahkamah sebelum ini.

Namun, angka sebenar yang dibayar tidak boleh didedahkan secara umum sebab ada syarat sulit yang diletak oleh pihak LHDN.

Kita tak bantah sekiranya LHDN mahu dedahkan jumlah penyelesaian sebenar.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10158095883600952/

Leave a Reply