Tahun-tahun sebelum ini, kawan-kawan kaum India ada menjemput saya ke rumah…

By Thursday January 14th, 2021 No Comments

Tahun-tahun sebelum ini, kawan-kawan kaum India ada menjemput saya ke rumah mereka.

Tahun ini kerana PKP dan Covid-19, maaf saya tidak dapat datang ke rumah kawan-kawan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ponggal.

Pesta Ponggal ini sudah menjadi amalan kebudayaan sejak sekian lama bagi kaum India meraikan ‘musim menuai’.

Ia juga disambut sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran ke atas rezeki yang diperolehi dan mencukupi untuk semua.

Sejak Covid-19 melanda ini, saya tahu ramai daripada kita menghadapi kesusahan. Rakyat hidup susah.

Adakalanya makanan dan minuman tidak mencukupi. Bil-bil datang dan ramai menghadapi kesukaran membayar.

Pendapatan juga semakin berkurangan.

Ada yang beritahu saya anak-anak kecil menangis di rumah. Kelaparan.

Saya tahu ada ibu bapa yang mengurangkan pemakanan mereka demi anak-anak kecil dan orang tua di rumah.

Amat menyedihkan. Ini bukan apa yang saya bayangkan kerana saya tahu fungsi besar kerajaan ialah menjadi pelindung kepada rakyat dan pembekal kepada keperluan rakyat.

Saya di sini mendoakan agar kita semua diberkati dan dimurahkan rezeki dalam keadaan yang amat mencabar ini.

Semoga segala keperluan rakyat didengar dan terbela.

Selamat menyambut Hari Ponggal.

(Gambar lama)



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157619110290952/

Leave a Reply