Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Syarikat GLC Malaysia Airports (MAHB) rayu kerajaan PN untuk tidak jual... - Najib Razak

Syarikat GLC Malaysia Airports (MAHB) rayu kerajaan PN untuk tidak jual…

By Monday May 10th, 2021 No Comments

Syarikat GLC Malaysia Airports (MAHB) rayu kerajaan PN untuk tidak jual Airport Subang.

Ahli-ahli ekonomi suruh kerajaan jangan jual lagi aset-aset negara seperti Telekom Malaysia dan IHH Berhad.

Dikatakan permata yang sangat berharga, dan tidak boleh dijual hanya untuk menampung defisit belanjawan.

Tapi sudah terlambat.

Sejak tahun lepas:
– Silterra sudah jual sepenuhnya,
– Syarikat kimia CCM Berhad sudah jual sepenuhnya.
– Telah jual kepentingan dalam KLCC dan MISC akhir Disember lalu.
– Telah dua kali jual saham Telekom Malaysia sejak tahun lepas sehingga pemilikan kerajaan jatuh ke cuma 20% sahaja. Sedang tunggu masa saja untuk diganti sebagai pemilik saham terbesar.
– Dan akhirnya kepentingan dalam Celcom akan jatuh dari 100% ke 30.1% sahaja dalam syarikat digabung setelah dibayar RM2 bilion cash oleh Digi.

Suka hati lah kerajaan PN nak jual. Itu hak mereka.

Pihak lain wariskan. Tugas PN untuk jual.

Nak jual, jual saja.

BN bina balik masa depan.

“Jangan jual saham tampung defisit belanjawan, kata pakar ekonomi”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/10/pakar-ekonomi-tegah-jual-saham-tampung-defisit-belanjawan/

“Jangan benar lapangan terbang Subang diambil alih, kata MAHB”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/10/jangan-benar-lapangan-terbang-subang-diambil-alih-kata-mahb/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157880444395952/

Leave a Reply