Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Sultan Pahang Mahu Rakyat Manfaatkan Transformasi Nasional - Najib Razak
News_archive

Sultan Pahang Mahu Rakyat Manfaatkan Transformasi Nasional

By Thursday May 10th, 2012 No Comments

BENTONG, 10 Mei (Bernama) — Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mahu rakyat memanfaatkan program transformasi nasional yang dilaksanakan kerajaan kerana ia ternyata memberi banyak faedah kepada mereka.

Baginda bertitah program transformasi yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutamakan rakyat dan telah terbukti apabila sebahagian besar rakyat tanpa mengira kaum mendapat impak daripadanya.

“Rakyat seharusnya memberikan kerjasama serta sokongan padu kepada kerajaan yang ada agar segala perancangan pembangunan akan dapat dilaksakana dengan baik untuk kepentingan mereka,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian di majlis perjumpaan dan ramah mesra dengan rakyat di Dewan Undangan Negeri Pelangai dekat sini, pada Khamis. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Kesihatan merangkap anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sultan Ahmad Shah bertitah durian runtuh daripada kerajaan sebanyak RM1.68 bilion kepada lebih 112,000 warga peneroka dengan setiap keluarga peneroka menerima RM15,000, membuktikan kerajaan berjaya melaksanakan tanggungjawab serta tranformasi.

Sumber : Bernama

Leave a Reply