Sukacita saya umumkan beberapa insentif untuk warga FELDA sempena dengan…

By Saturday June 10th, 2017 No Comments

Sukacita saya umumkan beberapa insentif untuk warga FELDA sempena dengan hari lebaran yang bakal menjelang tiba.

Setiap peneroka FELDA akan menerima RM500 Insentif Hari Raya dan RM280 dividen FGV. Seramai 94,555 peneroka akan menerima manfaat ini berjumlah RM73.75 juta secara keseluruhannya.

Kerajaan juga akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM674,400 kepada pengerusi masjid, Imam, Bilal dan Siak di FELDA.

Saya juga ingin mengumumkan Insentif Khas bagi kakitangan FELDA yang sudah bertungkus-lumus berkhidmat untuk negara. Kerajaan akan memberi insentif khas 10-30% daripada gaji pokok kepada semua kakitangan FELDA berjumlah 3,625 orang bermula Jun 2017 dan insentif tambahan 10% daripada gaji pokok kepada kakitangan barisan hadapan iaitu kakitangan di Rancangan.

Saya berharap insentif-insentif ini dapat meringankan beban anda semua dalam persiapan sambutan Hari Raya tidak lama lagi. Insya-Allah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10154509394025952/

Leave a Reply