Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Sukacita saya umumkan bahawa setelah lama bercuti Tahun Baru Cina, Lim Kit... - Najib Razak

Sukacita saya umumkan bahawa setelah lama bercuti Tahun Baru Cina, Lim Kit…

By Monday February 25th, 2019 No Comments

Sukacita saya umumkan bahawa setelah lama bercuti Tahun Baru Cina, Lim Kit Siang (林吉祥) selamat pulang menyandang jawatan beliau di Kementerian Hal Ehwal Najib (MenHEN).

Baru tadi, MenHEN telah keluarkan kenyataan rasmi bahawa pengundi di PRK Semenyih mesti undi Harapan untuk menolak saya walaupun saya bukan calon di Semenyih.

Kenyataan beliau hari ini sama dengan kenyataan yang dia keluarkan untuk PRK Cameron Highlands bulan lepas.

Saya tahu dia rindu saya, tapi beliau patut bekerja dengan lebih kuat lagi. Sweet betul MenHEN tak lekang ingat saya.

Bukan sekadar nak copy dan paste atau kitar semula kenyataan yang lama.

Rakyat bayar gaji ini. Jangan malas! Kreatif lah sikit.

Bagaimanapun, kita ucapkan welcome back kepada MenHEN dan sentiasa ingat daku dalam statement mu.

Selama ini, beliau telah menunjukkan prestasi yang baik sejak berkhidmat sebagai MenHEN.

Setakat hari ini, nama saya telah disebut oleh beliau sebanyak 14,700 kali di dalam tulisan blog peribadi dia.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155916299860952/

Leave a Reply