News_archive

Suhakam minta PM teliti syor

By Wednesday April 8th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) meminta kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak memberi pertimbangan serius terhadap syor Pelan Bertindak Hak Asasi Manusia Kebangsaan. Timbalan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun, berkata pelan itu mampu memantapkan hubungan antara rakyat dan kerajaan selain membuka ruang untuk memperjelaskan isu berkaitan hak asasi, sekali gus meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. “Pelan bertindak ini menggariskan langkah jangka pendek dan strategi jangka panjang berkaitan usaha melindungi hak asasi manusia. “Suhakam pernah menemui Najib pada 2004 bagi membincangkan pelan itu dan beliau memberi maklum balas memberangsangkan tetapi tiada perkembangan lanjut mengenainya, “ katanya, semalam.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply