Sudah tentu saya juga tidak bersetuju bahawa segala bentuk penggambaran…

By Thursday July 23rd, 2020 No Comments

Sudah tentu saya juga tidak bersetuju bahawa segala bentuk penggambaran memerlukan lesen Finas, termasuk rakaman media sosial peribadi.

Tetapi apa yang Menteri Komunikasi dan Multimedia jawab hari ini ialah apa yang terkandung dalam undang-undang sedia ada hari ini.

Sebenarnya, banyak undang-undang dalam negara atau di mana-mana negara boleh disalahgunakan jika pemerintah berniat jahat (seperti kerajaan PH dahulu).

Seperti undang-undang bawah Akta Cukai “Bayar dulu, bincang kemudian” yang tidak boleh dipertikaikan mahkamah di mana kerajaan boleh buat seberapa banyak tuntutan denda cukai yang mereka mahu walaupun langsung tak sah dan tak masuk akal untuk tujuan propaganda dan kita perlu bayar dulu sebelum merayu.

Dilampirkan di sini ialah satu lagi undang-undang sedia ada yang boleh disalahgunakan oleh pemerintah yang berniat jahat.

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

“(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,”

adalah melakukan suatu kesalahan—

” niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang”

Ini bermaksud, segala komen-komen penyokong PH dan penulis media sosial bergaji RM2.5k atau RM5k sebulan di media sosial termasuk di ruang komen FB saya sudah boleh dipenjarakan sehingga satu tahun.

Sepanjang tempoh Gagalkrasi PH, tak pernah sekali pun mereka pernah meminda akta-akta yang boleh disalahguna pun termasuk akta untuk FINAS.

Namun, sekadar Menteri Komunikasi dan Multimedia menjawab secara rasmi dalam parlimen apa yang terkandung dalam akta sedia ada tidak bermaksud akta itu akan disalahgunakan kerajaan PN untuk mengancam pengguna media sosial.

Kerajaan PN bukan kerajaan PH yang salahgunakan undang-undang untuk ID menganiaya Rakyat dan lawan mereka.

Siapa ingat kes wartawan “Ibu Yani” yang didakwa kerajaan PH kerana dia bertanya tentang kapal layar yang melabuh di Pulau Pinang hanya kerana dia petik nama Guan Eng?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157229484600952/

Leave a Reply