Sudah boleh merentas negeri, daerah. Saya tahu ramai excited baca berita…

By Saturday December 5th, 2020 No Comments

Sudah boleh merentas negeri, daerah.

Saya tahu ramai excited baca berita ini.

Ada yang nak balik kampung. Lama tak jumpa ibu bapa dan keluarga.

Ada ibu bapa yang merindui anak-anak di perantauan, di bandar.

Ada juga yang nak bercuti.

Apapun tujuannya, saya berharap kita masih ingat.

Kes baru Covid-19 masih dalam 4 angka.

Hari ini ada 1,123 kes positif. Jumlah kes yang masih aktif Covid-19 masa ini ialah 10,775.

Ingatlah.

Pastikan diri benar-benar sihat sebelum buat apa-apa perancangan dan keputusan.

Sayangi diri kita, sayangi keluarga dan mereka yang tercinta juga.

Semoga kita terus dilindungi-Nya daripada wabak Covid-19.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157534807105952/

Leave a Reply