Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Spratly: Boleh selesai secara rundingan - Najib Razak
News_archive

Spratly: Boleh selesai secara rundingan

By Friday May 15th, 2009 No Comments

PUTRAJAYA 14 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak percaya pertikaian mengenai tuntutan bertindih pulau-pulau di Laut China Selatan termasuk Kepulauan Spratly boleh diselesaikan menerusi rundingan.

Perdana Menteri berkata, Kuala Lumpur sendiri mempunyai mekanisme untuk menyelesaikan tuntutan bertindih itu selain dibantu oleh prinsip undang-undang antarabangsa.

”Ada mekanisme untuk rundingan mengenai wilayah bertindih ini.

”Saya percaya kalau pegang kepada proses ini, kita boleh elakkan daripada ia menjadi terlalu berat dan kusut untuk diselesaikan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Kelmarin, jurucakap Kementerian Luar China, Ma Zhaoxu memberi amaran kepada semua negara jiran supaya menjauhi pulau-pulau di Laut China Selatan termasuk Kepulauan Spratly.

Katanya, China telah memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Beijing memiliki ‘kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan’ dan tidak akan bertolak-ansur terhadap negara-negara lain yang turut menuntut pulau-pulau berkenaan.

Kepulauan Spratly yang kaya dengan minyak dan gas serta kedudukannya yang strategik, selain dituntut oleh China juga dituntut seluruhnya atau sebahagiannya oleh Malaysia, Taiwan, Vietnam, Filipina dan Brunei.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply