Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara dipanggil menghadap di Istana Negara…

By Sunday June 27th, 2021 No Comments

Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara dipanggil menghadap di Istana Negara sebaik sahaja kedua mereka umum sidang khas fizikal akan dibuat pada bulan Ogos untuk luluskan pindaan mengadakan sidang parlimen secara hibrid pada bulan September.

Pada saya, perancangan kedua-dua Speaker ini tidak memenuhi titah YDP Agong supaya parlimen bersambung secepat mungkin ataupun titah Raja-Raja Pemerintah agar parlimen bersambung dengan segera.

Saya juga tidak lihat Darurat akan disambung selepas tarikh 1 Ogos 2021 seperti dititah YDP Agong dan Raja-Raja Pemerintah.

Lebih-lebih lagi setelah beberapa Raja pemerintah sudahpun memberi perkenaan bagi DUN negeri bersidang pada bulan Ogos.

Dan ianya amat tak logik kenapa persidangan DUN Negeri boleh diadakan secara bersemuka tapi sidang parlimen hanya boleh berlangsung secara hibrid atas faktor keselamatan- melainkan Covid hanya serang Parlimen tapi tak serang DUN Negeri.

Sekiranya parlimen tidak bersambung, keraguan perundangan dan perlembagaan juga akan tertimbul sebab setiap ordinan Darurat yang diwartakan kerajaan PN hanya berkuat kuasa dalam tempoh Darurat dan perlu dibentang dan diluluskan dalam parlimen seperti diperlukan bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan sebaik sahaja Darurat tamat.

(Keperluan ini jelas tertulis dalam SETIAP ordinan darurat yang diwartakan kerajaan PN dalam tempoh darurat ini)

Jadi, adakah ordinan-ordinan darurat seperti kenaikan kompaun langgar SOP ke RM10k, kuasa untuk kerajaan korek tabung KWAN, kerajaan berbelanja tanpa ikut belanjawan dan pemantauan parlimen, kerajaan mengambil alih fasiliti swasta masih berkuat kuasa sekiranya darurat sudah tamat tetapi ordinan darurat belum sempat diluluskan parlimen?

Adakah kerajaan PN bakal melanggar undang-undang dan perlembagaan persekutuan selepas tempoh Darurat tamat selagi ordinan-ordinan darurat tidak dibentang dan diluluskan dalam parlimen?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157977458395952/

Leave a Reply