News_archive

Sokongan Rakyat Kepada Perdana Menteri Semakin Jelas – Rosnah

By Tuesday March 6th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) — Sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin jelas kerana limpahan keberkesanan setiap dasar yang diperkenalkan benar-benar dapat dirasai mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Anggota Parlimen Papar itu berkata saf kepimpinan dan anggota Barisan Nasional (BN) serta rakyat kini bergerak seiring dengan segala usaha yang dilaksanakan Najib.

“Sememangnya setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri menjurus kepada kemajuan rakyat jelata, dan sokongan mereka semakin jelas,” katanya ketika dihubungi Bernama Selasa.

Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dalam satu temu bual bersama akhbar tempatan baru-baru ini yang menyatakan Najib dilihat sudah bersedia untuk membawa negara ke hadapan setelah diuji dengan pelbagai dugaan serta ranjau paling sukar.

Daim yang memuji personaliti dan bakat politik Perdana Menteri, bagaimanapun turut membangkitkan persoalan sama ada BN sedia bergerak ke hadapan bersama Najib.

Sumber : Bernama

Leave a Reply