Skill kewayangan dia pada tahap paling maksimum. Dia sepatutnya didakwa dua…

By Wednesday September 9th, 2020 No Comments

Skill kewayangan dia pada tahap paling maksimum.

Dia sepatutnya didakwa dua tuduhan lagi berhubung projek terowong ajaib pada hari Isnin tapi dia hanya pulang pada malam Ahad selepas dia merayau 1,000km selama 5 hari di Sabah.

(Masa dia ke Sabah pula dia tuduh kerajaan pusat PN nak sekat dia masuk Sabah sebab dia tertangguh 30 minit di lapangan terbang Kota Kinabalu. Lepas dia tuduh kerajaan pusat nak jajah Sabah kerana “sekat” dia, dia boleh pulak merayau 1,000km dalam Sabah walaupun dia dakwa dia telah disekat)

Sekarang, dia tuduh pendakwaan Mahkamah dia pada hari Jumaat ini adalah penganiayaan politik sebab hari itu adalah satu hari sebelum hari penamaan calon PRN Sabah.

(Eh… pendakwaan mahkamah pada pagi hari. Selepas didakwa, masih sempat lagi pada petang Jumaat untuk bertolak ke Sabah. Sabah ini bukanlah terletak di Amerika atau Eropah. Lagipun, dia bukan nak calonkan diri untuk PRN Sabah pun. Dia hadir ke tidak pada hari penamaan calon tiada sebarang kesan.)

Ini seperti kes bulan lepas bila dia pertama kali didakwa dalam mahkamah untuk rasuah projek terowong.

Hari sebelum itu, dia diminta oleh SPRM hadir untuk menerima kertas dakwaan pada pukul 3:00pm

Dengan alasan parlimen sedang berlangsung, dia minta SPRM untuk tangguhkan ke pukul 7:00pm selepas parlimen berakhir.

Akhirnya, dia sampai ke pejabat SPRM pukul 9pm. Lalu DAP tuduh SPRM nak mainkan dia kerana memanggil dia lewat malam.

Pandai betul Guan Eng main wayang untuk terus menipu dan menghasut RAYkat.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157345072575952/

Leave a Reply