BlogFeatured Articles

SJKT Taman Kaya, Taiping

By Wednesday June 7th, 2017 No Comments

Petang tadi, saya meluangkan masa bersama kaum India di Taman Kaya, Taiping.

Saya telah melancarkan relokasi SJKT Ladang Holyrood ke sini di mana sebuah sekolah baru SJKT Taman Kaya dengan kos sebanyak RM7.8 juta akan siap dibina pada pertengahan tahun 2018, Insya-Allah.Projek ini dibina di atas tanah ehsan Kerajaan Barisan Nasional Perak seluas 3.6 ekar dengan peruntukan pembinaan daripada Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Pendidikan.

Jelas sekali, jika dinilai dan dilihat kembali kepada dasar kerajaan selama ini, kita mengamalkan dasar pembangunan bersifat inklusif. Tidak ada mana-mana kelompok masyarakat dan individu yang tertinggal dalam arus pembangunan negara. Hakikatnya, kerajaan sentiasa prihatin dan bertimbang rasa mengambil kira kehendak semua komuniti di Malaysia, termasuklah kaum India.

Dari segi pendidikan, kita telah mewujudkan sebanyak 523 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.Baru-baru ini juga saya sendiri telah melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India yang merangkumi aspek pendidikan, keusahawanan, sosial, dan lain-lain lagi termasuklah soal kewarganegaraan di mana kesemua ini sudah tentu akan membangunkan masyarakat India dan membawa kesan positif serta manfaat kepada anda semua.

Kita sememangnya mempunyai rekod dan prestasi cemerlang untuk terus membangun komuniti India berbanding dengan pembangkang yang langsung tidak ada rekod atau apa-apa pelan tindakan yang mampu membangunkan masyarakat India, apatah lagi membela nasib dan kebajikan serta memenuhi keperluan anda semua.

Saya menyeru kepada semua penduduk agar memilih pihak yang mampu memberi pembangunan dan mampu ‘deliver’ apabila tiba masanya nanti.

Silap pilih, rugi nanti.

Leave a Reply