Sistem pendidikan tertua di negara kita adalah pengajian pondok, dan…

By Saturday March 14th, 2015 No Comments

Sistem pendidikan tertua di negara kita adalah pengajian pondok, dan kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2015 peruntukan sebanyak RM 25 juta supaya sistem pendidikan ini tidak tenggelam malah terus maju di samping arus pembangunan moden.

Alhamdulillah pagi ini saya telah menyaksikan penandatanganan memorandum persefahaman antara Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM). Melalui persefahaman ini, Pusat Kajian Pondok akan ditubuhkan di KUIN dan saya yakin ia akan membawa kepada kemajuan sistem pengajian pondok dan memainkan peranan penting di masa hadapan, insya-Allah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10152637077980952/

Leave a Reply