Audio

Sistem Pendidikan Negara

By Thursday November 20th, 2014 No Comments

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai sistem pendidikan negara.

Transkrip
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Kerajaan sedar bahawa sistem pendidikan negara perlu terus diperbaiki bagi melahirkan individu-individu yang berpengetahuan, beretika, dan mempunyai daya saing yang lebih tinggi.
Dalam sejarah negara kita, pada tahun 1996 waktu saya menjadi Menteri Pendidikan, telah dilakukan rombakan yang besar pada sistem pendidikan negara antaranya membolehkan peranan pendidikan swasta diperluaskan.
Kini, kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, antara, sehingga tahun 2025 yang telah pun diusahakan oleh YAB Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita sekali lagi bertujuan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara kita supaya dapat melahirkan individu-individu yang lebih kreatif, berkebolehan berfikir serta mampu untuk bersaing dalam dunia yang lebih kompetitif ini.
Saya berharap dengan perubahan-perubahan yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan, kita akan menjadikan mutu pendidikan, terutama sekali di sekolah-sekolah kebangsaan lebih baik, dan antara yang terbaik di dunia, insya-Allah.
Sekian sahaja dari saya.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Leave a Reply