Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Singapura dibenar buka pejabat konsul di Johor Bahru - Najib Razak
News_archive

Singapura dibenar buka pejabat konsul di Johor Bahru

By Friday May 22nd, 2009 No Comments

SINGAPURA 22 Mei – Malaysia bersetuju membenarkan Singapura membuka pejabat konsul di Johor Bahru sebagai satu langkah praktikal ke arah meningkatkan lagi hubungan dan interaksi kedua-dua negara.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, Singapura membangkitkan cadangan untuk membuka sebuah pejabat konsul ekoran peningkatan interaksi dan lawatan rakyat dari kedua-dua negara.

“Pejabat konsul itu diperlukan bagi memberi khidmat kepada rakyat Singapura untuk mendapat bantuan serta khidmat konsul, seperti ketika sakit atau mengalami kemalangan.

“Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dengan murah hati telah bersetuju dengan cadangan tersebut,” katanya pada sidang akhbar bersama selepas kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata serta mengetuai mesyuarat delegasi di sini hari ini.

Najib tiba di republik ini tengah hari semalam sebagai sebahagian daripada kunjungan muhibah dan lawatan rasmi beliau ke negara-negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lalu.

Menurut Hsien Loong, keputusan itu bukan sahaja menjadi isyarat terhadap keakraban hubungan Malaysia dan Singapura, tetapi juga satu langkah praktikal dalam meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua negara.

“Keputusan ini memberi manfaat kepada rakyat Singapura, dan tentunya ke arah meningkatkan lagi kerjasama kita,” tambahnya. – UTUsAN

Najib dalam sidang akhbar itu turut menjelaskan, Malaysia dan Singapura turut mahu melihat lebih banyak penerbangan antara kedua-dua negara, termasuk dari syarikat kos penerbangan rendah, sebagai satu lagi langkah menambah interaksi dan hubungan rakyat kedua-dua negara.

“Kami juga bersetuju untuk mengerakkan dana bagi mempromosi kedua-dua negara. Malah kami juga memutuskan agar dana itu bukan sahaja diaktifkan, tetapi juga ditambah bagi mencapai matlamatnya,” tegasnya.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply