News_archive

Sidang Parlimen Dilanjut Dua Hari Lagi

By Sunday June 21st, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) — Persidangan Parlimen Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Ke-12 yang sepatutnya tamat pada 30 Jun ini dilanjutkan dua hari lagi memandangkan masih ada urusan yang belum selesai.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan kepada Parlimen agar persidangan itu ditambah dua hari lagi.

“Ini perlu bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan kerja diselesaikan selaras dengan peruntukan mesyuarat 11(2) peraturan Dewan Rakyat,” katanya sebelum memulakan sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengikut takwim persidangan Dewan Rakyat yang disiarkan dalam laman web rasmi Parlimen Malaysia, mesyuarat kedua penggal kedua itu adalah dari 15 Jun hingga 30 Jun.

Sumber : Bernama

Leave a Reply