Siapa masih ingat? Khalid Samad ni mula-mula angkuh. Kata PH akan lawan BN…

By Wednesday July 1st, 2020 No Comments

Siapa masih ingat? Khalid Samad ni mula-mula angkuh.

Kata PH akan lawan BN di Chini. Tak beri laluan mudah.

Tapi sehingga kini saya tak nampak dia kat Chini.

Bayang tak ada, bluetooth pun tak muncul.

Fuziah? Pada awalnya, kata peluang PH menang di Chini cerah.

Sampai hari penamaan calon, bertanding pun tidak.

Jangan kata bertanding, nak tengok mereka ini berdepan dengan rakyat pun tidak ada.

Elek. Hilang. PH tidak lagi berani berdepan dengan rakyat.

Mengapa?

Sepanjang masa saya berkempen di PRK Chini, saya telah bertemu dengan ribuan penduduk.

Dari perkampungan Felda ke orang Asli.

Rakyat tahu. Rakyat sedar.

PH sendiri pun tahu.

Siapa yang kencing, sebar fitnah dan bohong rakyat.

Siapa yang benar-benar berkhidmat dan membela nasib rakyat.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157173504860952/

Leave a Reply