Siapa boleh jelaskan? Mas Ermieyati dan Tok Pa menerima dana politik dari…

By Friday January 8th, 2021 No Comments

Siapa boleh jelaskan?

Mas Ermieyati dan Tok Pa menerima dana politik dari saya tapi mereka tidak diambil tindakan setelah lompat keluar UMNO dan dilantik menjadi menteri penuh pula.

Ahmad Maslan dan Shahrir Samad juga menerima dana politik dari saya dan mereka pula diambil tindakan mahkamah sebab kekal dengan UMNO dan menjadi orang kena tuduh dalam mahkamah pula.

Pembayar yang sama, akaun bank yang sama tapi ada penerima yang bebas untuk jadi menteri dan ada pula penerima menjadi orang kena tuduh dalam mahkamah.

Menerima dana dari saya pun jadi jenayah ke?

Ini jelas salahguna kuasa kerajaan PH.

Jika menerima dana dari saya adalah kesalahan jenayah walaupun penerima tidak akan tahu sumber asal dana tersebut maka sila dakwa.

Dan jika mahu dakwa maka dakwalah semua.

Jangan nampak sangat berat sebelah dan ada ketidakadilan yang berpunca dari kepentingan politik.

Ini apa yang Ahmad Maslan sebut beehubung salahguna kuasa PH yang tidak diperbetulkan oleh PN. Jangan diputar belitkan. Tonton video: https://fb.watch/2TOlLd-_q1/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157607126095952/

Leave a Reply