Setiap kali saya pulang ke Pekan saya rasa seperti sirih pulang ke gagang,…

By Saturday September 3rd, 2016 No Comments

Setiap kali saya pulang ke Pekan saya rasa seperti sirih pulang ke gagang, kerana di sinilah di mana segalanya bermula buat saya. Hari ini saya merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan.

Pesanan utama saya, kepada para perwakilan UMNO sama ada di Pekan mahupun di seluruh negara, sentiasa tekankan semangat kebersamaan sesama kita. Singkap kembali sejarah negara, kita dapat lihat apabila semangat kebersamaan kita itu kuat, kita mampu capai kejayaan di luar jangkaan.

Insya-Allah, perjuangan kita akan terus dirahmati Allah SWT dan UMNO serta Barisan Nasional akan diberi mandat pada Pilihanraya Umum akan datang.

Hidup UMNO!
Hidup Barisan!
Hidup Malaysia!



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153747264305952/

Leave a Reply