Setelah melihat sendiri peranan dan manfaat Pusat Latihan Perindustrian Dan…

By Thursday April 13th, 2017 No Comments

Setelah melihat sendiri peranan dan manfaat Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan OKU (PLPP) di Bangi petang semalam di mana 120 orang yang kurang upaya sedang menjalani latihan vokasional dan menerima pemulihan perubatan, saya telah mengarahkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menyempurnakan pusat ini dengan membaik pulih pusat rawatan hidroterapi yang telah terbiar selama lebih 2 tahun dan juga menggantikan alat-alat di pusat pemulihan yang kebanyakannya sudah usang.

Pusat ini mengeluarkan produk-produk prostetik dan ortotik dan yang terkini, saya amat bangga dengan ciptaan sebuah kerusi roda berinovatif yang direka sendiri oleh pelatih-pelatih di pusat ini.

Saya yakin, segala pendedahan dan kemahiran ini bakal membuka peluang mereka dengan lebih meluas seterusnya menjamin masa hadapan yang lebih cerah. Kita semua saling memerlukan dan perlu saling membantu. Inilah asas perpaduan sesama kita, bersama membangun dengan satu semangat, semangat Negaraku .



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10154342851830952/

Leave a Reply