Setelah berunding bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,…

By Tuesday December 31st, 2013 No Comments

Setelah berunding bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan 11 langkah penjimatan perbelanjaan sektor awam. Ini adalah permulaan terhadap langkah-langkah penjimatan lain yang akan diumumkan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan dan keadaan semasa.

Selain pengurangan elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus. Kerajaan juga akan melaksanakan pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan; kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-RM100 atau 30 peratus; manakala permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151808141145952/

Leave a Reply