Setelah 3 hari kes cecah 5k sehari, kerajaan beritahu kita baru tadi bahawa…

By Sunday January 31st, 2021 No Comments

Setelah 3 hari kes cecah 5k sehari, kerajaan beritahu kita baru tadi bahawa kes melonjak naik sebab lewat masukkan kes dari tahun 2020 lepas.

Tetapi, realitinya ialah jumlah pesakit dalam rawatan tetap mencanak setiap hari.

Kini sudah menghampiri 50,000 aktif kes.

Jumlah pesakit dalam Unit Rawatan Rapi dan jumlah pesakit dalam keadaan paling kritikal yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga naik.

Hari ini, 127 pesakit dalam keadaan paling kritikal – naik 7 orang sejak semalam. Ini adalah rekod tertinggi.

Kluster baru yang dikesan setiap hari juga tinggi. 10 kluster hari ini, 16 kluster semalam dan 12 kluster hari sebelumnya.

Sebagai perbandingan 3 kluster baru dikesan pada 1 Jan 2021, 9 kluster pada 2 Jan dan 3 Jan.

Nilai R, iaitu kebolehjangkitan satu kes positif kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan juga naik sejak beberapa hari lepas.

KKM kata R nought naik 0.5 ke 1.1 pada 29 Januari. Pada 26 Januari, nilai R adalah 1.03. Naik 0.2 pada 28 Jan dan naik lagi 0.5 pada hari kemudiannya menjadi 1.10.

Awal tahun ini, KP KKM pernah kata R nought yang telah naik ke 1.10 adalah petanda bahawa PKPB sudah gagal.

“6 Jan 2021: Dr Noor Hisham: Malaysia‚Äôs Covid-19 R-nought up to 1.1 again, suppression unsuccessful”
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/01/06/dr-noor-hisham-malaysias-covid-19-r-nought-up-to-1.1-again-suppression-unsu/1937942

Tetanya-tanya kenapa angka R nought naik dan jumlah kes aktif semakin naik pula jika lonjakan kes baru sejak 3 hari lalu hanya sebab kerajaan lewat ambil kira kes tahun lepas?

Jumlah kematian juga semakin naik. Hari ini 14 kematian direkodkan 13 orang semalam dan 16 orang terkorban pada hari sebelumnya.

Biarpun kerajaan kata lonjakan kes 3 hari lepas adalah sebab lewat kira kes dari tahun lepas, kita harap kerajaan tidak pandang rendah situasi Covid semasa.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157667820650952/

Leave a Reply