Audio

Serangan Pengganas dan Provokasi Agama

By Friday January 16th, 2015 No Comments
[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/186282021″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak mengutuk dengan keras serangan pengganas di lokasi serata dunia dan tindakan yang telah diambil di Malaysia bagi membendung serangan pengganas serta provokasi agama.

Transkrip


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di beberapa lokasi di dunia seperti di Paris dan Sydney baru-baru ini.

Bagi mempertahankan negara daripada ancaman pengganas seperti ISIS, pihak berkuasa sudah memulakan operasi mengesan dan menahan mereka yang terlibat dengan kumpulan seperti tersebut.

Kertas putih bagi menangani ancaman ISIS telah pun dibentangkan di Parlimen dan rang undang-undang anti-keganasan baru akan dibentangkan pada bulan Mac nanti.

Dalam konteks ‘Charlie Hebdo,’ kita sama sekali menegah serangan ke atas mereka. Namun pada masa yang sama tidak bermakna kita menerima kegiatan provokasi mereka ke atas agama lain.

Saya ingin tegaskan bahawa di Malaysia kita tidak akan membenarkan provokasi agama ataupun sebarang perbuatan mengancam ataupun menghina sebarang mana-mana satu agama dilakukan walaupun di atas nama kebebasan bersuara. Kebebasan ada hadnya.

Pihak berkuasa akan terus mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba melakukan apa juga tindakan yang boleh menimbulkan konflik keagamaan.

Hormat-menghormati antara satu sama lain merupakan prinsip asas yang perlu kita amalkan bagi menjamin keharmonian negara yang berterusan.

Sekian sahaja dari saya,

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Leave a Reply