Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Seperti yang saya kata, kerajaan telah membazir peluang untuk melaksanakan... - Najib Razak

Seperti yang saya kata, kerajaan telah membazir peluang untuk melaksanakan…

By Friday February 5th, 2021 No Comments

Seperti yang saya kata, kerajaan telah membazir peluang untuk melaksanakan PKP yang ketat dan adil tanpa kelonggaran selama 14 hari.

Akibatnya PKP 2.0 perlu dilanjutkan berkali-kali dan kerajaan terpaksa memberi kelonggaran atas kelonggaran sebab tidak berani memperketatkan lagi setelah ramai sektor telah terputus pendapatan secara sia-sia selama 23 hari.

Oleh sebab PKP dilanjutkan maka tempoh perayaan Tahun Baru Cina juga termasuk ke dalam tempoh PKP.

Apabila kelonggaran diberi satu persatu (termasuk SOP terbaru semalam di mana Pub dan Kelab Malam dibenar beroperasi tapi untuk tapau atau hantaran ke rumah sahaja???), ianya akan menimbulkan banyak persoalan apabila dipandang sebagai tidak logik atau tidak adil.

Misalnya, pasar malam boleh dibuka tetapi kenapa kedai runcit tidak boleh?

Kita boleh bekerja bersama pekerja asing dalam kilang dan tapak pembinaan dan masjid dibuka dengan separuh kapasiti untuk solat Jumaat kenapa masyarakat Cina tidak boleh makan bersama orang tua kita untuk satu malam sahaja bagi memenuhi adat Tahun Baru Cina.

Masyarakat Cina juga menyoal kenapa kelonggaran diberi untuk aktiviti melawat bagi hari Krismas sebulan dahulu tetapi tidak dibenarkan sekarang.

Akibatnya, ramai yang mula membuat pelbagai posting untuk memperketawakan kerajaan. Antaranya:

“Kita tak makan besar bersama tapi kita sama-sama melawat pasar malam dan terserempak semasa membasuh kereta.”

“Saya nak tukar rumah saya kepada salon rambut atau pasar malam untuk tempoh tahun baru Cina.”

“Kenapa PM dan keluarganya boleh melawat ke Indonesia tapi kita tak boleh lawat saudara kita di taman sebelah untuk tahun baru Cina?”

Pada pendapat saya, ianya tidak adil untuk membandingkan aktiviti komersial dengan aktiviti sosial atau keagamaan.

Saya juga tidak menyokong larangan rentas daerah atau negeri ditarik balik bagi perayaan tahun Baru Cina sebab keadaan Covid semalam telah bertambah buruk dan terus memecah pelbagai rekod.

Kita juga perlu sedar bahawa orang tua kita adalah lebih berisiko dan terancam dengan wabak Covid dan kita tidak sepatutnya mendedahkan mereka kepada risiko Covid dengan aktiviti ziarah-menziarah.

Nasihat saya ialah kita semua berkorban untuk tahun ini sahaja. Kita ambil iktibar dengan keadaan di negara China tahun lepas di mana seluruh negara itu tidak dibenarkan meraikan Tahun Baru Cina 2020 setelah tercetusnya permulaan Covid di Wuhan.

Kita sudah meraikan perayaan Tahun Baru Cina secara meriah selama berpuluh tahun dan kita sudah tentu dapat meraikannya semula tahun depan.

Maka CNY tahun ini, kita Celebrate Next Year.

Namun, saya percaya masyarakat Cina tidak menyoal keperluan untuk tindakan tegas bagi melawan Covid tetapi berasa kerajaan telah bertindak dengan tidak adil dan tidak sensitif.

Saya diberitahu bahawa SOP rasmi yang dikeluarkan MKN tidak memberi gambaran yang tepat bagi budaya perayaan Tahun Baru Cina.

Sebagai satu contoh, adat makan besar atau ‘Reunion Dinner’ Tahun Baru Cina yang merupakan aktiviti paling penting melibatkan penemuan ahli-ahli keluarga yang tidak tinggal bersama keluarga seperti atok, nenek, uncle, auntie, sepupu dan lain-lain.

SOP yang kata reunion dinner hanya dibenarkan bagi ahli keluarga yang tinggal bersama tidak memberi apa-apa makna sebab ianya cuma merupakan makan malam biasa sahaja.

Lebih elok jika SOP tidak merujuk kepada adat makan besar sahaja tetapi hanya sebut larangan terhadap aktiviti ziarah-menziarah antara rumah sahaja.

Harap masa depan MKN akan mendapat pendapat dan maklumbalas dari wakil kaum dan bangsa terlibat semasa menulis SOP bagi mana-mana perayaan atau adat supaya kerajaan tidak dilihat sebagai tidak sensitif.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157679251625952/

Leave a Reply