Seperti kes Altantuya, kes Kevin Morais dan banyak lagi, saya juga telah…

By Friday May 7th, 2021 No Comments

Seperti kes Altantuya, kes Kevin Morais dan banyak lagi, saya juga telah difitnah selama bertahun-tahun kononnya…

“Najib rompak RM2.6b duit 1MDB untuk beli handbag dan cincin berlian pink untuk Rosmah”.

RM2.6b itu sudah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian.

Menteri PH juga yang mengaku dalam parlimen bahawa Najib tak beli cincin berlian pink untuk Rosmah.

“2 Apr 2019: Timbalan menteri sahkan isteri VVIP tidak beli berlian merah jambu”
https://www.malaysiakini.com/news/471381

Dan dalam mahkamah hari ini:
– beg tangan Rosmah bukan dibeli dengan duit 1MDB

– selepas hampir 3 tahun, pendakwaan masih gagal buktikan wang 1MDB digunakan untuk beli barang-barang yang dirampas dari saya.

– siasatan polis mendapati handbeg yang dirampas adalah hadiah peribadi kepada isteri dan anak perempuan termasuk hadiah perkahwinan dan hadiah dari ibu mertua anakku.

– Malah, afidavit (akuan besumpah) polis yang digunakan sebagai alasan untuk lucut hak barang-barang dirampas dari keluarga saya turut nyatakan dengan jelas bahawa “siasatan (polis) menunjukkan sebahagian dari barang yang dirampas adalah hadiah”

Ini yang saya pelik.

Pendakwaan dan siasatan gagal buktikan barang-barang itu diberi dengan duit 1MDB. Sendiri kata dalam afidavit bahawa hasil siasatan buktikan kebanyakan barang-barang adalah hadiah yang dikumpul sejak puluhan tahun lalu.

Tapi mereka masih mahu rampas dan masih mahu teruskan tindakan mahkamah untuk lucut hak barang-barang tersebut dengan alasan ianya dibeli dengan duit 1MDB walaupun siasatan mereka sendiri buktikan ianya hadiah dan mereka tak dapat buktikan ianya dibeli dengan duit 1MDB.

Masih diteruskan pula sebab propaganda terhadap saya itu penting kot.

Nak tuduh, sekelip mata.

Nak buktikan dalam mahkamah bahawa ianya tuduhan palsu perlu bertahun-tahun.

Senang kerja mereka. Lalu saya difitnah bertahun-tahun lamanya.

Untuk makluman tuan-tuan puan-puan, saya juga tak pernah beli beg tangan bagi isteri saya sebab ramai VVIP dan kerabat diRaja dalam dan luar negara sudah hadiahkan kepada dia.

Dan entah kenapa, saya juga tak pernah dihadiahkan sebarang beg tangan oleh sesiapa untuk diriku. 😅

“7 Mei 2021: Peguam: 263 beg tangan dirampas adalah hadiah buat Rosmah, anak”
https://www.malaysiakini.com/news/573750



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157873956825952/

Leave a Reply