“Seorang ahli ekonomi menyokong seruan untuk menubuhkan satu suruhanjaya…

By Tuesday February 9th, 2021 No Comments

“Seorang ahli ekonomi menyokong seruan untuk menubuhkan satu suruhanjaya siasatan diraja mengenai kebebasan dan integriti badan kehakiman kerana ia mempunyai impak terhadap pelaburan dan ekonomi.

Persoalan mengenai integriti dan kebebasan kehakiman di negara ini timbul berikutan pendedahan bekas peguam negara Tommy Thomas dalam bukunya. Pemuda Umno menyeru satu inkuiri dibuat terhadap buku itu dan mengenai kebebasan kehakiman.”

Elok juga untuk buat RCI ini sebab saya pun nak tahu bagaimana seorang yang disuruh Kit Siang untuk dilantik Ketua Hakim Negara sejak tahun 2017 tiba-tiba dilantik Ketua Hakim Negara baru selepas PRU14.

Dan dalam minggu pertama Ketua Hakim Negara baru tersebut bertugas, hakim dalam kes saya tiba-tiba ditukar dan diganti selepas perbicaraan bermula dengan hakim yang dipindah dari mahkamah sivil yang tiada sebarang pengalaman kes jenayah.

Lalu hakim yang baru dilantik hakim mahkamah tinggi sivil pada tahun 2017 membicara kes jenayah yang paling tinggi profil dalam Malaysia walaupun tidak pernah membicara apa-apa kes jenayah.

Ketua Hakim Negara pilihan Kit Siang itu pula hanya menjawat selama 9 bulan sebelum bersara dan dilantik menjadi pengerusi Berjaya Land milik kawan paling rapat Tun Mahathir.

Lepas itu pula, bekas Ketua Hakim Negara tersebut berkempen di atas pentas dengan anak Kit Siang di PRN Sabah.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/09/kebebasan-kehakiman-kunci-pelaburan-kata-ahli-ekonomi/

Ahli akademik dari Universiti Tun Abdul Razak menyeru satu suruhanjaya siasatan diraja terhadap kebebasan dan integriti badan kehakiman.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157689502735952/

Leave a Reply