Semua Rakyat Malaysia perlu memberi sokongan penuh kepada Pelan Vaksinasi…

By Tuesday February 16th, 2021 No Comments

Semua Rakyat Malaysia perlu memberi sokongan penuh kepada Pelan Vaksinasi Covid negara.

Kita perlu mencapai tahap 75% hingga 80% daripada SEMUA penduduk Malaysia (termasuk bukan warganegara) sebelum kita mencapai imuniti kelompok (herd immunity) untuk membebaskan negara dari ancaman Covid.

Selagi semua orang tak selamat, kita semua tak selamat.

Namun, kerajaan juga perlu memainkan peranannya untuk mempercepatkan proses vaksinasi dengan memastikan bekalan vaksin terjamin dan juga mengambil kesempatan kemungkinan besar bekalan vaksin akan melebihi permintaan tak lama lagi.

Kenapa saya percaya bekalan vaksin akan melebihi permintaan:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157681715645952

Malaysia agak lambat untuk memulakan program vaksin kita tetapi kita masih ada peluang untuk mengejar 77 buah negara yang sudah bermula.

Rancangan kerajaan sekarang ialah untuk menyediakan 605 pusat pemberian vaksin seluruh negara supaya 70% daripada penduduk dapat diberi vaksin seawalnya pada bulan Februari 2022.

Ini adalah lambat berbanding banyak negara-negara yang sasar untuk 75% daripada penduduk diberi vaksin seawal bulan Julai tahun ini.

Sebab itu, ianya adalah kesilapan besar jika hospital swasta dan 7,000 buah klinik swasta seluruh negara tidak dilibatkan dan diberi peranan.

Doktor dan nurse klinik dah biasa dengan memberi pelbagai suntikan dan semua rakyat tahu di mana terletaknya klinik terdekat dengan mereka.

Walaupun kita dah lama ada hospital dan klinik kerajaan yang percuma, ramai rakyat juga sanggup untuk membayar untuk menerima rawatan di hospital dan klinik swasta.

Sebab itu, saya percaya ramai Rakyat akan sanggup membayar sedikit kos untuk menerima vaksin di klinik swasta juga.

Tiada sebab kenapa kerajaan boleh membenarkan pihak swasta untuk membuat ujian Covid tetapi tidak membenarkan pihak swasta untuk memberi vaksin Covid.

Dengan ini, beban ke atas 605 pusat pemberian vaksin kerajaan juga akan dikurangkan manakala kadar pemberian vaksin negara juga boleh dinaikkan agar negara capai imuniti kelompok secepat mungkin.

Lagi awal kita capai imuniti kelompok, lagi awal negara pulih dan lagi awal rakyat boleh bernafas semula.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157706249450952/

Leave a Reply