Semasa krisis Covid mula melanda, saya pernah cadangkan kerajaan benarkan…

By Monday October 26th, 2020 No Comments

Semasa krisis Covid mula melanda, saya pernah cadangkan kerajaan benarkan pencarum keluarkan duit dari akaun 2 KWSP sebagai salah satu usaha membantu rakyat dan merancakkan ekonomi tempatan semasa Covid.

Masa itu, kerajaan telah sambut dan melaksanakannya sebagai program i-Lestari dalam pakej Prihatin.

Kini ada banyak permintaan untuk kerajaan membenarkan keluaran “one-off” sehingga RM10,000 dari akaun 1 KWSP bagi kegunaan mendesak.

Saya rasa permohonan ini boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran “one-off” ini dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi memulih – tidak termasuk caruman bulanan biasa.

Namun, saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua kita selepas bersara.

Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendesak.

NOTA: Saya cadangkan syarat aku janji bukan sebab mahu pencarum bayar balik seperti pinjaman tetapi niat ialah untuk menggalakkan pencarum lebihkan simpanan usia tua sebab dividen KWSP lebih tinggi.

Jika tak dapat bayar balik dalam masa 2 tahun, tiada penalti dan KWSP tak boleh buat apa-apa. Cuma untuk memperingatkan pencarum bahawa simpanan dalam KWSP adalah penting dan akhirnya akan menguntungkan pencarum.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157446675985952/

Leave a Reply