Semalam, saya telah umumkan pengecualian dasar kabotaj ke atas aktiviti…

By Monday May 8th, 2017 No Comments

Semalam, saya telah umumkan pengecualian dasar kabotaj ke atas aktiviti perkapalan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Jun 2017. Ini bermakna Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak lagi terikat dengan dasar yang dikenakan ke atas semua aktiviti perkhidmatan perkapalan kargo dari Semenanjung Malaysia.

Kerajaan membuat keputusan ini setelah mangambil kira isu kabotaj yang dikatakan menjadi antara faktor kenaikan harga barangan di negeri-negeri tersebut. Dengan pengecualian ini, saya harap rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan akan mendapat manfaat dari pengurangan harga barangan dan pembangunan yang lebih mampan. Dengan pengecualian ini juga, usahawan-usahawan di Sabah, Sarawak dan Labuan akan dapat mengeksport produk-produk mereka ke Semenanjung pada kos yang lebih kompetitif.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10154413172625952/

Leave a Reply