Semalam saya tak hadir parlimen, geng PH buat undi belah bahagi. Ramai yang…

By Tuesday December 1st, 2020 No Comments

Semalam saya tak hadir parlimen, geng PH buat undi belah bahagi.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa saya tak hadir sebab PN bimbang tak cukup undi.

Hari ini, saya hadir dalam Dewan Rakyat tapi geng PH tak berdiri untuk minta undi belah bahagi pulak?

Apa mende ini?

Jangkaan saya tepat, tak ada MP pembangkang yang bangun untuk membolehkan undi belah bahagi bagi Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri hari ini.

https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1776054905895339/?d=n

Belanjawan 2021 untuk Kementerian Luar Negeri diluluskan di Peringkat Jawatankuasa dengan lebih suara bersetuju.

Semalam kata nak buat undi belah bahagi untuk semua Kementerian?

Nampaknya MP pembangkang sudah sedar bahawa ‘wayang’ mereka kini sudah tak laku.

Ini apa yang berlaku semalam;

MP pembangkang bantah belanjawan untuk Jabatan Perdana Menteri. Keputusan selepas undi dikira, 105 undi menyokong, 95 tidak menyokong.
https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1775307982636698

MP pembangkang bantah belanjawan untuk Kementerian Kewangan. Keputusan selepas undi dikira,106 undi menyokong, 95 tidak menyokong.
https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1775365692630927

Sebab itulah saya gunakan tagline #ConsistentlyInconsistent bagi menyifatkan tindakan pembangkang mengusulkan undi belah bahagi di Dewan Rakyat semalam.

Semalam bukan main lagi Mat Sabu berteriak kata, “pembangkang akan minta undi belah bahagi bagi setiap kementerian dan biar kalah 27:0 pun tak apa”.

Hahaha…. Tapi Abang Mat tak berada di Dewan Rakyat semasa memutuskan Belanjawan 2021 di Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Luar hari ini!

Dapat dilihat barisan hadapan blok pembangkang yang mempunyai 9 pemimpin utama PH, tengahari ini hanya Lim Guan Eng seorang saja yang hadir ketika memutuskan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Luar Negeri.

Saya perhatikan, apabila tiada undi belah bahagi sebaliknya diluluskan dengan lebih suara bersetuju, MP Jerlun DS Mukhriz Mahathir terus mengemas beg dan bergegas keluar Dewan.

Apakah itu satu kebetulan?

Pelik, pelik, pelik…

Kebetulan juga, pada masa sama DS Najib Razak hadir dan berada di dalam Dewan Rakyat. Apakah kehadiran DS Najib menyebabkan PH mengubah strategi dan tidak lagi berani untuk meminta undi belah bahagi? Hanya pemimpin PH yang dapat menjawabnya!

Semalam cakap lain, hari ini buat lain. Patutlah Manifesto PH pada PRU14 tidak ditunaikan kerana #ConsistentlyInconsistent adalah falsafah PH!



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157525627610952/

Leave a Reply