Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Semalam, saya saran kerajaan PN untuk naikkan lagi bayaran BPR sebab saya... - Najib Razak

Semalam, saya saran kerajaan PN untuk naikkan lagi bayaran BPR sebab saya…

By Friday June 4th, 2021 No Comments

Semalam, saya saran kerajaan PN untuk naikkan lagi bayaran BPR sebab saya berpandangan bahawa jumlah bayaran diberi bagi tahun ini adalah tidak cukup dan tidak padan untuk keperluan menghadapi cabaran PKP 2.0, PKP 3.0/3.1 dan Total Lockdown.

Tambahan sebanyak RM2.1 bilion bagi bayaran BPR telah diumumkan PM8 dalam pakej PERMERKASA PLUS hari itu.

Namun jika kita bandingkan dengan bayaran BR1M tahun 2018 di mana ekonomi mantap dan tiada pandemik, bayaran BPR 2021 adalah hampir sama atau lebih rendah.

Kita sedia maklum bahawa pada masa BN, jumlah nilai bayaran dan jumlah penerima BR1M akan dinaikkan tiap-tiap tahun sejak bermula dengan RM500 pada tahun 2012 dan sudah akan lebih tinggi tahun ini berbanding RM2,000 bagi tahun 2018.

Sebab itu, bayaran BPR 2021 sepatutnya lebih tinggi sebab perlu menampung tempoh PKP 2.0, PKP 3.0/3.1 dan tempoh Total lockdown ketika ini.

Sebagai contoh, mana mungkin orang bujang dapat bertahan dengan bayaran tambahan BPR cuma RM100 bagi menghadapi Total lockdown sekurang-kurangnya 1 1/2 bulan?

Nak belanja di mana?

Justeru itu, semalam saya saran kerajaan PN untuk korek lagi tabung KWAN sebanyak RM4.2 bilion (BN akan bina semula tabung ini pada masa depan) untuk tambah kepada tambahan RM2.1 bilion bagi BPR diumum PM8 hari itu sekiranya kerajaan PN tidak mahu agihkan dana melebihi RM120 bilion yang SUDAH diperolehi pada 5 bulan pertama tahun 2021 yang dipinjam, dijual aset atau dikorek.

Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa jumlah perbelanjaan langsung kerajaan bagi pakej PEMERKASA+ cuma RM5 bilion biarpun yang diumumkan adalah RM40 bilion (bahagian besar adalah kemudahan pinjaman bank).

Pagi ini, saya perhatikan kerajaan sudahpun membuat pinjaman baru bagi keseluruhan RM5 bilion ini (bayar balik tahun 2031) – bermaksud dana RM123 bilion yang diperolehi dalam tempoh 5 bulan lepas sudah habis dibelanja kerajaan dan tidak akan diagih kepada PEMERKASA plus.

Jadi, koreklah KWAN sebanyak RM4.2 bilion sekali lagi selepas korek RM5 bilion untuk membeli vaksin sedangkan jumlah dalam Tabung KWAN dibina masa BN mencecah RM17 bilion.

Ambil dan agihkan untuk tambah bayaran BPR 2021 supaya ianya lebih padan dan bermakna.

Tak kan bantuan pada Rakyat masa pandemik, PKP 2.0, PKP 3.0/3.1 serta Total lockdown bagi tahun 2021 hampir sama atau kurang dengan bayaran BR1M tahun 2018 dengan ekonomi bagus yang tiada pandemik?

Mana logiknya?

Berilah bantuan yang sewajarnya pada Rakyat supaya mereka tidak terpaksa keluar rumah dan memperjudikan nyawa untuk mencari nafkah dalam masa kritikal Lockdown ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157931070925952/

Leave a Reply