Semalam saya dedahkan akauntan gagal seorang itu memberi projek RM6.3 bilion…

By Thursday July 9th, 2020 No Comments

Semalam saya dedahkan akauntan gagal seorang itu memberi projek RM6.3 bilion terowong kepada sebuah syarikat yang sedang dalam keadaan defisit.

Pemegang saham terbesar syarikat terowong juga defisit masa itu.

Juruaudit bagi kedua-dua syarikat itu (syarikat terowong serta pemegang saham utama syarikat terowong) turut memberi amaran rasmi dalam penyata akaun diaudit bahawa ada kemungkinan kedua-dua syarikat akan muflis.

Namun kemungkinan syarikat-syarikat itu akan muflis dan sedang berada dalam keadaan defisit/kerugian tidak merupakan halangan bagi akauntan gagal untuk memberi projek RM6.3 bilion kepada mereka.

Akauntan gagal tak pandai baca penyata akaun kot.

Namun dalam masa setahun sahaja, syarikat terowong itu bertukar dari sebuah syarikat yang defisit menjadi sebuah syarikat yang untung besar selepas syarikat tersebut menerima bayaran bahagian pertama dari kerajaan DAP iaiti RM114 juta daripada kos laporan RM305 juta projek terowong.

Dari defisit RM7.9 juta menjadi positif RM60 juta hanya dengan kerja membuat sebahagian dari laporan kebolehlaksanaan sahaja.

Sebelum ini, kita dah tahu bahawa kertas siasatan SPRM projek terowong terbongkar yang mengandungi pengakuan pemilik syarikat terowong mengaku bahawa akauntan gagal seorang itu dah janji projek diberi kepada syarikat terowong SEBELUM proses Request for Proposal (RFP – bukan Open Tender seperti ditipu DAP selama ini) dibuka.

Selain mengaku mereka telah banyak kali membayar rasuah kepada akauntan gagal dan beberapa lagi pemimpin-pemimpin kanan DAP, pemilik syarikat terowong juga mengaku kepentingan 10% projek telah ditawarkan kepada akauntan gagal.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157191449120952



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157193621370952/

Leave a Reply